Wednesday, December 17, 2008

Mangsa dan Pemangsa

Ketika dilahirkan ibu bapa mangsa mengalami masalah dalam perkahwinan. Semasa mangsa masih lagi sedang menyusu badan, ibu bapa si mangsa bercerai. Mangsa dijaga oleh bapa yg bekerja sebagai seorang guru. Setiap hari mangsa diusung ke sekolah berbekalkan susu botol dan berkemungkinan di jaga oleh tukang sapu apabila bapanya sedang mengajar...
Kini mangsa berumur lingkungan 20an. Ibu bapa mereka juga telah pun rujuk semula. Yang nyata mangsa kini menjadi seorang yang mudah terguris. Pantang sahaja jika di sergah mahupun di marah, pasti mangsa akan menangis. Namun begitu mangsa adalah seorang yang sangat taat akan suruhan ibu. Berlainan pula hubungan antara mangsa dengan bapanya. Setiap hari walau seminit mangsa tidak berminat untuk bersua dengan bapanya..kenapa??? Mungkin perasaan marah / benci.
Pemangsa berhati batu seperti harimau. Tidak endah akan perasaan orang lain. Mungkin juga tiada sedikit pun perasaan kasih dan sayang di dlm hati. Mempunyai wajah bengis serta bermata merah seperti alcoholic drink. Setiap hari pasti ada yang tidak sempurna di mata pemangsa ini. Dari hal sekecil kecil zarah sehingga lah sebesar besar alam.
Semalam..
Pemangsa menyumpah dan memaki (mungkin lebih dari itu) si mangsa hanya kerana mangsa mengopek ubi di sinki. Mungkin benar kata pemangsa mengopek ubi di sinki itu kotor dan harus di lakukan di luar. Tetapi perlu kah pemangsa menghamburkan kata kata kesat yg menyakitkan hati pendengarnya??? Apatah lagi hati si mangsa. Benar kan???
Tolonglah Tuhan.Berikan petunjuk mu pada pemangsa itu.Berikan balasan yang setimpal dengan ketakburannya di dunia ini. Ingatlah wahai pemangsa, esok apabila engkau dilaknat oleh-Nya..aku pasti mangsa yang akan setia membela makan minum serta kotor bersih nya kamu.Nauzubillah....