Wednesday, October 15, 2008

Thanks mak..



Semalam balik dari kerja nengs tengok mak tengah kusyuk menjahit manik.. Waktu tu hujan lebat..Rutin mak memang begitu..Kalau cuaca di luar panas maka tempat mak hanya di kebun bunga..menyiram pokok ataupun memetik bunga..


Nengs: Baju saper tu mak??


Mak: Baju ngko lah.. Kain yg beli dekat Tanjong Karang tur..


Nengs lupa pulak ada balance kain yg belum dijahit.. Gumbira nya hatiku x terkata.. Kebetulan harini ada jamuan hari raya di UNiSEL.. warrrgghhh best2.. Bleh nengs pakai kan..kan..he3

Tema jamuan tur sebenarnya warna biru.. Alarr..takyah la ikot tema..Nengs takder baju warna biru pun..he3

Sunday, October 12, 2008

stress

October is stress month..
Dari 1hb lagi.. Sejak pagi Syawal dah terasa la..

Sehingga lah ia berlanjutan di tengah2 Syawal ni.. Bukan la tiap2 hari..


So, I decided to...





Dapat agak x?? he3..

...go to salon. Cut and color my hair.. Before pegi tu call mak dulu..

But dat time angah yg pick up da phone..

"Bgtau mak nengs pg Kuala Selangor. Pg salon. Tunggu kepulangan anakanda dari oversea ya"



tadaaaa...he3


Ini lah dia kepuasan saya..

::Go ahead wat peoples say::


871013 - 081013


hepi bufday to you..

happy birthday to you..

hepi bufday to biebi3..

happy birthday to you..


ehem2..biebi3 dah tua..yeaayyy..best2..makin tua makin cepat lah kita kawen..cepat kawen cpt lah kita ada baby..ibu kan suh kita kawen cepat sbb nak cucu..kan biebi3 kan..he3

So, biebi3 kena la keje rajin2..matangkan diri dalam setiap perkara yang dilakukan..

Love u ever n ever..


Wednesday, October 8, 2008

meriah kerr..??!!

Meriah ker sambutan aidilfitri korang tahun ni??
Hajat di hati memang nak sambut meriah tiap2 tahun..Yer lah..raya setahun sekali jer weyhh..Tapi untuk tahun ni bagi nengs kehangatannya kurang terasa..Nak buat2 meriah pon still x terasa kemeriahannya..mmmm.


Adik beradik aku nih tinggal 4 orang jer.. Along tetiap tahun lah raya umah MIL dia..dah x dapat nak di tahankan lagi dah minah tu.. Almaklumlar dah bersuami..syurga di bawah tapak kaki suami..he3. Dah 3x raya kitorang sambut ber-4 je.. x best pon buat2 best jer..bak kata farah fauzana..LAYANNNN JERRR..


First step sure umah nenek ladang..pekena ayam merah dulu..nyummyy.. Lepas tu pergi umah nenek bukit pulak..pekena laksa..aiiihh..bestnya kalau tetiap hari makan mcm ni yerk..Sejam lepak2 baru gerak rumah atok wan..ha dekat sini x der makan paper..sorang pon x der.. Tahun ni memang teramat lah boring.. sumer org pg raya umah MIL..Duduk2 sampai lah tertido....


Kesudahannya..........
Jam 4p.m mak ajak balik rumah..
Kesimpulannya............
Raya tahun nih sungguh x meriah..Nengs nak repeat balik raya tahun depan dengan sambutan yang lebih meriah ditemani makcik dan sepupu2 yang hangat2 belaka..yeeezzzzaaaaaa~

raya..raya..raya..



..raya..RAYA..raya..
Seminggu sebelom raya aku memang dah berhajat nak tebang pokok buluh abah dekat belakang rumah tur..buat lomang?? Bukan lah..nak buat batang pelita..muahahha..Kebetulan cik mamat pon nak balik dari UUM khamis tur..Mmg dah plan baik punya lah ngan dia..he3
Kebetulan pulak khamis balik kerja tu dpt berita kurang baik..mak ulong xcident..mak ajak pg Klang tengok..balik2 kerja x mandi terus pergi sana..ambik ucu dulu..sampai sana sharp time berbuka..Malam kul12 baru sampai umah..Sebelom tido pasang niat esok malas nak keje..amek cuti awal sehari lah..Patotnya cuti start 29hb (isnin)..he3
Ptg sabtu baru lah start agenda menebang pokok buluh abah tur..Ingatkan nak buat sorok2..Tapi tekantoi pulak ngan abah..
Abah : "Ko nak buat aper tu nengs??"
Nengs : "Alarrrr..nak minta sikit buluh abah ni ha buat batang pelita.."
Abah : "Ko suruh jer budak2 indon tur cari kayu dekat kebun..buluh tu untuk hiasan"
mmmmm..terbantut nafsu aku nak melaksanakan impian melapah pokok2 buluh abah ni..haha.. At da same time dalam hati bersyukur gila ah.. Atleast x der aku penat2 nak kuarkan peluh buat benda ni kan..hehe..
Dan kegumbiraan yang aku dapat petang tu teramatlah memuaskan.. "Abg Sus" sedang melaksanakan kerja2 yang sepatotnya aku laksanakan sendiri..hehe..


Dan misi seterusnya dilaksanakan oleh sepupu2 kecikku..he3
Siap tolak kete sorong lagi ko..hehe..almaklumlar pasang pelita sepanjang jalankan.. Kepada sesiapa yang tahu jalan ke rumah aku tur..dorang faham lah..hehe..

Dan akhirnya pada malam itu.. aku dengan gembiranya merasmikan malam 7leko.. "walaupun aku tau malam 7leko dah start 2 hari sebelum nyer..ngehngehngeh.."


Dan ini lah hasilnya.......




~ SEKIAN ~


Tuesday, October 7, 2008

"Anak Pak Cik Meninggal"

‘Anak pak cik meninggal’
Oleh Norfaisal Jahuri am@hmetro.com.my


MELAKA: Seorang bapa yang menghubungi telefon bimbit anak gadisnya tergamam apabila panggilan itu dijawab seorang anggota polis yang memaklumkan anaknya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya awal pagi semalam.Zainal Abidin Sulaiman, 49, menghubungi telefon bimbit anaknya, Nor A’Asikin, 22, pada jam 8.20 pagi.Dia hanya mampu mengalirkan air mata apabila diberitahu mayat anaknya kini berada di Hospital Melaka (HM).
Anak sulung daripada empat beradik itu maut selepas dirempuh sebuah kereta sebaik keluar dari kereta dinaiki bersama rakannya, Mohd Rohaizad Md Yusof, 27, yang terbabas di Kilometer 205.9 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Simpang Ampat arah Selatan, kira-kira jam 6 pagi.

Mohd Rohaizad turut parah akibat rempuhan itu dan putus kaki kanan.
Ketika kejadian, kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke Batu Pahat, Johor, selepas menguruskan persiapan untuk majlis konvokesyennya di Universiti Industri Selangor (Unisel) di Bestari Jaya, Selangor.
Zainal berkata, sebelum ke Shah Alam petang Ahad lalu, arwah singgah di bandar ini untuk menghantar adiknya, Nor Azarin, 20, yang menuntut di Kampus Bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.“Malam kelmarin arwah ada menghubungi seorang anak saya untuk maklumkan akan balik ke kampung pagi nanti.“Kerana hendak tahu macam mana perjalanan pulang ke kampung pagi tadi, saya menghubungi arwah.“Saya terkejut apabila panggilan itu dijawab seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis. Dia memaklumkan anak saya sudah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bahagian Forensik Hospital Melaka, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, muka dan patah tengkuk akibat rempuhan kereta itu.Rakannya pula kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka kerana dikatakan putus kaki kanan di bahagian paras bawah lutut serta patah kaki kiri.
Umar Ali berkata, berdasarkan siasatan, kereta yang dipandu Mohd Rohaizad hilang kawalan sebaik tiba di tempat kejadian menyebabkan ia merempuh pembahagi jalan di bahagian tengah lebuh raya sebelum terpelanting.“Selepas terhenti di bahagian tengah laluan itu, kedua-dua mereka keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri.“Bagaimanapun, ketika itu datang sebuah Proton Waja yang dinaiki dua lelaki gagal membrek lalu merempuh mereka.“Nor A’Asikin maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya.
SEHARI SEBELUM KEJADIAN...
Asikin : Salam kak, dekat mana pejabat yang handle bhgn konvo yer??
Nengs : Uwhh..awak keluar balik..pejabat konvo dekat belakang pejabat bendahari..
Asikin : Ok, terima kasih..
PULANG DARI TEMPAT KERJA...
Mak : Nengs, ada budak UNiSEL meninggal..excident dekat Melaka..
Nengs : Mana mak tau??
Mak : Dengar dekat radio tadi..
PAGI TADI DI OPIS...
Hazim : Weh Normi..ko ingat x budak yg dtg tanya pejabat konvo dekat mana semalam??
Nengs : mmmmmm..kenapa ngan budak tur??
Hazim : Ko tengok paper ni..bdk ni lah yg dtg tanya aritu..meninggal..
Nengs : Innalillahhhh...
p/s : Mari kita bersama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah Nasikin semoga rohnya di tempatkan di kalangan golongan2 yg terpilih..AMINNN..

Monday, October 6, 2008

raya sakan (part 1)



~slamat hari raya semua~

Raya ke-4 aritu nengs beraya dengan sahabat2 time skolah SEMEREMEM dulu.. Ada la beberapa orang yang dpt menghadirkan diri.. 3 kereta kesemuanya..
Yang best nya ada nama kawan yg nengs terlupa nama sekali..muahahaha.. (sebenarnya citer x best la tu kan) hu3..



Ini lah wajah2 ceria kami..he3.. banyak sangat makan sampai nak pecah perut rasa.. Kuar umah pagi tu terasa diri ramping.. Balik boroi.. Hancus diet sebulan..he3



Paling best nya dapat jumpa bestfren time skola dulu.. Yeahh..ini dia.. FAriza kadar maidin .. Sejak dia bergelar wife kepada en.Mizan teramatlah susah nak jumpa dia..

6 orang wanita ni lah yang memeriahkan majlis raya aritu..hehe.. Tertarik ngan satria pink tur?? Itu kereta shahril (tebu).. Aiiip2..awek dia ada dok berdiri sebelah nengs tur..hu3

Di kesempatan ni..nengs ucapkan selamat hari raya kepada semua yg mengenali..tak kira yg muda..tua..sempurna..cacat..kurus mahupun yg gemok..he3

OK lah..next blog nengs share raya ngan kawan2 lain pulak yer..daaa~