Tuesday, November 25, 2008

kehujanan.kebanjiran

hujan.hujan.
go.go raining.



air semakin deras.
deras sederasnya.
segala hidupan air bersuka ria di dalam.
yeayy! kata mereka.



manakala tuan rumah berkata;
Alamak,habislah air dah naik.
periuk,tv,baju,buku di selamatkan.
ayam,kambing,anjing lepak di tepi jalan.
segalanya berlaku dalam masa yg singkat.
Rutin setiap tahun.
mereka sudah ketahuinya.
Juga telah bersiap sedia seawal mungkin menghadapi.
Mereka berkeras menetap di situ.
walaupun mereka tahu bala yg akan menimpa.
Kerana di situlah harta yg ada...

Thursday, November 13, 2008

tarikh keramat untuk minggu ini

...SUMPAH BOSAN...
arrggghh BOSANNYA weyhh..
tAk terKeluar Dengan kata2..
DuDUK tak SEnang..berDIRi pON tak TEgak..
maTA ni raSER nak PeJam Ajer taOO..
SeBAbnya kannNN..
ariNi FRIENDSTER tak bLey nakK buKAk..
geRaMMMmm nyaA DAkuuu..
NAsib baikK hariNi JUmaat..
Lega sikit..
Esok cUUtii..
YeeaayyyYY..
YAAaahhoooOO..
Okey..habis setakat ini saja luahan di dada*
Thanks!

Monday, November 10, 2008

K.A.M.I



8 tahun yang lalu..bertempat di SMKRMM..

Kami bersama2 menyanyikan lagu negaraku,lagu sekolah (dah x ingat) sambil berdiri tegak..dan selepas itu berjanji ikrar taat setia kepada negara..

Di situlah juga kami berehat di kantin bersama2..sambil mengumpat serta memberi jelingan manja kepada jejaka2 idaman sekolah..he3

Malah di dalam kelas kami juga sempat tidur bersama ketika guru tiada (time cikgu ada pon kdg2 tido jugak)

AKU RINDU KORANG..

Semalam sewaktu kita bersama aku rasa masa terlalu singkat..

Bilakah lagi kita akan bersua??

Aku harapkan persahabatan ini akan terus kekal walaupun selepas ini Farah akan mengikut jejak Fariza untuk berkahwin..dan juga Nani yang akan mengikut jejak Farah untuk mengikat tali pertunangan..

Aku bagaimana..?!

Mungkinkah akan keseorangan tanpa kalian..

Perkara itu tidak akan berlaku sama sekali..

Karna aku juga akan mengikut jejak langkah kalian ber3..Doakan aku..

~semasa kami di Port Dickson~

Thursday, November 6, 2008

MHI..kotor la yang..

ready untuk terjun...


Yeaayyyy..main air..best nyer air nih..kaler coklat lagi..



Duduk pulak lah..ada fish tak dalam nih..

MHI uwhh MHI...tingat pulak zaman kami (nenek,atok sedara & mak cik2) berkubang dekat kolam depan umah tur..best sgt2 la rasanya berendam dalam air kale oren tu ha..dahtu dikelilingi oleh anak2 ikan..mcm mandi swimming pool sambil buat rawatan kaki yang pakai anak ikan tu..ha3. Usia kitorang waktu tu muda lagi. Sekarang kolam tu pun dah bersemak..Semenjak ramai di antara kami yang telah mengakhiri zaman bujang..mmmmm..rindunya zaman tur!!

Wednesday, November 5, 2008

MHI di kampung..


Sekembalinya MHI di kampung aritu, aku belom sempat nak main2 dengan dia disebabkan keadaan aku yang kurang sihat.. Lepas keluar dari Hospital, baru lah dia nak beramah mesra denga mak lang dia nih.. tengok lah tur..ha3

Lepas tu dia nampak pulak piano nih..dia pun ajak lah mak lang tekan2 piano tur dengan dia.. Nyanyi lagu do.re.mi.fa.so.la.ti.doooooO.. (harap2 kao tido lah lepas ni MHI..)


Larrrhh..tak tido jugak diaaa.. Dia dengar atok panggil kat dapur, tiba2 datang depan tunjuk dekat mak lang buah dorian.. Suh mak lang kopek la tur...



Horeeeyy..Akhirnya dapat MHI makan favourite fruit dia.. Fresh dari pokok dorian atok lagi kan..he3


Sebelum tido ini lah rutin harian MHI... Baca buku dan bergayut..he3. Tak per yang, bergayut ngan ayah jer kan.. Lepas ni tidur nyenyak2 yer..

Psstt: Tunggu nengs update gaya MHI bila jumpa tanah ok!

.new experienced.



Hospital Sungai Buloh.Aku menginap selama 2 malam pada 26,27,28hb Oct yang lepas kerana kekurangan air dalam badan..Pengalaman baru yang akan aku ingat sehingga aku akan menginap kembali semasa aku akan melahirkan baby..(entah bila la tur)..he3.


Aku ditempatkan di wad kelas ke-3. Pengalaman aku selama 3hari 2 mlm tur amat memuaskan walaupun tidur tak lena..ha3. Dok hospital mcm tu lah. Setiap 4 jam nurse akan datang check tekanan darah. Makanan sedap.. Keadaan toilet bersih.. Lantai 5 star.. Nurse baik belaka..




Ini makanan tengahari yang sempat aku snap. Menyelerakan..nyummy.. Total price hotel yang aku menginap ni cuma RM 46.00..he3.

Psstt: Kepada sesiapa yang bercadang untuk menginap di Hospital, nengs cadangkan Hospital Sungai Buloh adalah da best place yang korang boleh check in. ha3