Tuesday, October 7, 2008

"Anak Pak Cik Meninggal"

‘Anak pak cik meninggal’
Oleh Norfaisal Jahuri am@hmetro.com.my


MELAKA: Seorang bapa yang menghubungi telefon bimbit anak gadisnya tergamam apabila panggilan itu dijawab seorang anggota polis yang memaklumkan anaknya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya awal pagi semalam.Zainal Abidin Sulaiman, 49, menghubungi telefon bimbit anaknya, Nor A’Asikin, 22, pada jam 8.20 pagi.Dia hanya mampu mengalirkan air mata apabila diberitahu mayat anaknya kini berada di Hospital Melaka (HM).
Anak sulung daripada empat beradik itu maut selepas dirempuh sebuah kereta sebaik keluar dari kereta dinaiki bersama rakannya, Mohd Rohaizad Md Yusof, 27, yang terbabas di Kilometer 205.9 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Simpang Ampat arah Selatan, kira-kira jam 6 pagi.

Mohd Rohaizad turut parah akibat rempuhan itu dan putus kaki kanan.
Ketika kejadian, kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke Batu Pahat, Johor, selepas menguruskan persiapan untuk majlis konvokesyennya di Universiti Industri Selangor (Unisel) di Bestari Jaya, Selangor.
Zainal berkata, sebelum ke Shah Alam petang Ahad lalu, arwah singgah di bandar ini untuk menghantar adiknya, Nor Azarin, 20, yang menuntut di Kampus Bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.“Malam kelmarin arwah ada menghubungi seorang anak saya untuk maklumkan akan balik ke kampung pagi nanti.“Kerana hendak tahu macam mana perjalanan pulang ke kampung pagi tadi, saya menghubungi arwah.“Saya terkejut apabila panggilan itu dijawab seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis. Dia memaklumkan anak saya sudah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bahagian Forensik Hospital Melaka, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, muka dan patah tengkuk akibat rempuhan kereta itu.Rakannya pula kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka kerana dikatakan putus kaki kanan di bahagian paras bawah lutut serta patah kaki kiri.
Umar Ali berkata, berdasarkan siasatan, kereta yang dipandu Mohd Rohaizad hilang kawalan sebaik tiba di tempat kejadian menyebabkan ia merempuh pembahagi jalan di bahagian tengah lebuh raya sebelum terpelanting.“Selepas terhenti di bahagian tengah laluan itu, kedua-dua mereka keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri.“Bagaimanapun, ketika itu datang sebuah Proton Waja yang dinaiki dua lelaki gagal membrek lalu merempuh mereka.“Nor A’Asikin maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya.
SEHARI SEBELUM KEJADIAN...
Asikin : Salam kak, dekat mana pejabat yang handle bhgn konvo yer??
Nengs : Uwhh..awak keluar balik..pejabat konvo dekat belakang pejabat bendahari..
Asikin : Ok, terima kasih..
PULANG DARI TEMPAT KERJA...
Mak : Nengs, ada budak UNiSEL meninggal..excident dekat Melaka..
Nengs : Mana mak tau??
Mak : Dengar dekat radio tadi..
PAGI TADI DI OPIS...
Hazim : Weh Normi..ko ingat x budak yg dtg tanya pejabat konvo dekat mana semalam??
Nengs : mmmmmm..kenapa ngan budak tur??
Hazim : Ko tengok paper ni..bdk ni lah yg dtg tanya aritu..meninggal..
Nengs : Innalillahhhh...
p/s : Mari kita bersama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah Nasikin semoga rohnya di tempatkan di kalangan golongan2 yg terpilih..AMINNN..

3 comments:

Unknown said...

wadduhh....sedihnya.
aku pun ada pengalaman gak nak cerita...nnti ko baca kat blog ye.

DYLA said...

sedihnya neng..
kalau akak jadi neng kan, dah terigau je muka arwah tue... ishhh...

neng's said...

UNiSEL jemput bapa arwah untuk hari konvokesyen tu nanti..