Wednesday, January 21, 2009

CINCIN


Baik lelaki atau wanita ( khususnya ) memang suka berhias. Tidak salah
jika berhias itu kena pada tempatnya dan masih dalam batasan syariat.
Bila sebut sahaja tentang berhias, bagi kaum wanita pasti ada kaitan
dengan barang kemas. Paling tidak pun sebentuk cincin menghiasi jejari
kita. Pendek kata, lelaki juga tidak ketinggalan memakai cincin.

Cincin pertunangan, cincin pernikahan, cincin hantaran, cincin hadiah,
macam - macam cincin. Ada yang memakai cincin hingga penuh jari-jemari.
Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu jari mana yang sunnah disarungkan
cincin.

Rasulullah s.a.w. ada mengingatkan menantunya Sayidina Ali k.w. sebaik
mengahwini puteri baginda Sayidatina Fatimah r.ha. Baginda berpesan
kepada Sayidina Ali, jika memakai cincin, pakailah di:

1. Jari manis
2. Jari kelingking.

Rasulullah s.a.w. menegah memakai cincin pada jari tengah ( jari hantu ) dan
jari telunjuk. Kenapa? Kerana ia menyamai cara kaum Nabi Lut
berhias. Kaum Nabi Lut itu ialah kaum dilaknati Allah kerana derhaka
kepada-Nya.

Justeru, sama ada anda lelaki atau perempuan, ikutlah sunnah nabi
s.a.w. apabila berhias memakai cincin. Bukan sahaja jari manis
dipandang, malah dapat pahala pula.

4 comments:

Anonymous said...

gelang cane plak? aku beli kan xnk pakai.. lahanat.. bak blk!

neng's said...

i'm ladies oke.
beli lah gelang mutiara ke.
batu2 ker.
ini ko beli gelang hOk ganas tu.
aku tak pakai..tp simpan..
tanda pemberian kO.
hahahahahahaha..

Anonymous said...

hek eleh.. rotan tu.. ha.. sarawak mari.. demn.. trigt kat abang aizat..

neng's said...

tapi kalO aizat bg aku mesti pakai.
hahahahahahahaha..