Thursday, January 22, 2009

Penyakit baru

FUTUR bermaksud putus selepas bersambung atau tenang selepas bergerak. Erti kata lain yang lebih mudah di fahami adalah malas atau lambat selepas rajin dan bersungguh sungguh iaitu penyakit kecewa. Penyakit ini berupaya merencat saraf rangsangan aktivis dalaman yang akhirnya mengganggu kesungguhan dalam kerja yang diamanahkan. Ia berpunca daripada hati.Penyakit futur ini menukar sama-sekali perlakuan pelakunya daripada seorang rajin dan semangat bekerja kepada sikap malas, putus asa, menunda atau berlambat-lambat melakukan pekerjaan. Ia dikaitkan dengan kegagalan mencapai matlamat yang dihajati seperti tewas dalam peperangan, kalah dalam pilihan raya, gagal mencapai cita-cita peribadi atau tidak mencapai maksud dicita-citakan.

pst : Adakah aku diserang penyakit ini!?

2 comments:

SOPHY said...

maknanya saya mengidap futur la ni....
hahahha

neng's said...

huhu.
kamu pOn sama.
adOi.
ini virus nama nya!!