Thursday, January 22, 2009

Penyakit baru

FUTUR bermaksud putus selepas bersambung atau tenang selepas bergerak. Erti kata lain yang lebih mudah di fahami adalah malas atau lambat selepas rajin dan bersungguh sungguh iaitu penyakit kecewa. Penyakit ini berupaya merencat saraf rangsangan aktivis dalaman yang akhirnya mengganggu kesungguhan dalam kerja yang diamanahkan. Ia berpunca daripada hati.Penyakit futur ini menukar sama-sekali perlakuan pelakunya daripada seorang rajin dan semangat bekerja kepada sikap malas, putus asa, menunda atau berlambat-lambat melakukan pekerjaan. Ia dikaitkan dengan kegagalan mencapai matlamat yang dihajati seperti tewas dalam peperangan, kalah dalam pilihan raya, gagal mencapai cita-cita peribadi atau tidak mencapai maksud dicita-citakan.

pst : Adakah aku diserang penyakit ini!?

Wednesday, January 21, 2009

pantun hari ini

"membalas najis dgn najis itu dendam,
membalas intan dgn intan itu biasa,
membalas intan dgn najis itu zalim,
membalas najis dgn intan itu mulia.."

semalam aku dpt kabar kurang enak daripada seorang kawan.
..tentang seseorang..
tapi aku malas nak cerita la. tak elok memperbesarkan hal yg sekecil zarah.
Jika sesiapa rasa aku telah mengecilkan hati korang, makanya aku ingin meminta ampun dari hujung anak rambut ke hujung jari tangan dan kaki.
mungkin bagi aku itu adalah luahan hati aku yg jujur
walhal bg kamu cerita itu mengusik hati,perasaan dan jiwa seseorang
maafkan aku.
semuanya terjadi tanpa disedari

"aku kentalkan hati,
agar aku terus gerakkan kaki,
bekerja setiap hari,
agar berjaya dikemudian nanti.."

hari ini aku telah sedar..membuka mata dan juga minda..
perbezaan sewaktu belajar dan juga bekerja
tidak perlu memikirkan hal lain kecuali tugas sendiri
biarkan lah apa yg terjadi antara mereka
aku tidak akan peduli lagi.
Dulunya aku cuma tahu mengadap buku dan juga kawan
Tetapi kini aku harus menyiapkan semua arahan tugas kerja yg bos berikan.
Maka hari ini,
aku akan membuka lembaran baru
walaupun tak dpt diari unisel yg cantek itu.hahahahaha..
aku masih ada diari etiqa 2009 pemberian nani.
Thanks nani.kO mcm tau je aku perlukan diari untuk menconteng.
hahahahahahahahaha.

Untuk diriku..Semoga terus sukses...

CINCIN


Baik lelaki atau wanita ( khususnya ) memang suka berhias. Tidak salah
jika berhias itu kena pada tempatnya dan masih dalam batasan syariat.
Bila sebut sahaja tentang berhias, bagi kaum wanita pasti ada kaitan
dengan barang kemas. Paling tidak pun sebentuk cincin menghiasi jejari
kita. Pendek kata, lelaki juga tidak ketinggalan memakai cincin.

Cincin pertunangan, cincin pernikahan, cincin hantaran, cincin hadiah,
macam - macam cincin. Ada yang memakai cincin hingga penuh jari-jemari.
Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu jari mana yang sunnah disarungkan
cincin.

Rasulullah s.a.w. ada mengingatkan menantunya Sayidina Ali k.w. sebaik
mengahwini puteri baginda Sayidatina Fatimah r.ha. Baginda berpesan
kepada Sayidina Ali, jika memakai cincin, pakailah di:

1. Jari manis
2. Jari kelingking.

Rasulullah s.a.w. menegah memakai cincin pada jari tengah ( jari hantu ) dan
jari telunjuk. Kenapa? Kerana ia menyamai cara kaum Nabi Lut
berhias. Kaum Nabi Lut itu ialah kaum dilaknati Allah kerana derhaka
kepada-Nya.

Justeru, sama ada anda lelaki atau perempuan, ikutlah sunnah nabi
s.a.w. apabila berhias memakai cincin. Bukan sahaja jari manis
dipandang, malah dapat pahala pula.

Sunday, January 18, 2009

wedding of the year


SELAMAT PENGANTIN BARU AIN......


Kejap masa berlalu. Rasa mcm baru jer habis sekolah.he3. Ini kwn blaja dekat UNiSEL dulu..batch 1/2005/2006. Dia la org pertama dlm batch kitorang yang kawen rasa nyer..Comel jer tengok ain ni bersanding.mcm main2 pulak..haih..selalu nampak dia pakai jeans.jarang minah ni ayu2 berbaju kurung.make up pon tak penah kot.tak tau la kalo dia make up tp aku yg tak perasan.muahaha.sebab aku tak rapat sangat ngan dia.kenal2 gitu jer. Tapi apabila aku turut diundang,makanya tak salah aku turut serta meraikan majlis dia.kan.kan.kan.he3.Untuk pengetahuan,ain siap pos lagi walimatulurus ke rumah aku.


Majlis diadakan di Galeri Shah Alam. Garden wedding laaaaaaaaaaaaa. Majlis yang simple tapi menarik. Tapi bagi aku simple tak simple sgt la kannnnn..sewa galeri tu jer pon dah mahal.Majlis ni diadakan untuk kedua belah pihak. No wonder la sewa tempat nih. Husband dia org Kedah (kalo tak silap). Maby dorang share la. Dah save bajet kan....


Ain cantek menggayakan baju yg diimport dr Indon tur. Barang2 kawen sume made in MEDAN,INDONESIA. Hand gift cup cakes, bahulu, satu buku surah2 pendek yg ditempah khas. Memang menarik la. walaupun keadaan kurang selesa. panasssssssssssss.



Tapi walaupon panassssssssssssss...kitorang tetap menghabiskan masa bergambar. Sampaikan kena marah dengan pakcik sorang nih..


Sebab gambar ni la kena marah..pasalnya jambatan tu baru jer di cat.muahahhaha.patOt la time pijak tu bau cat kuat. masing2 lari la bila kena jerkah ngan pak cik tur. Patut nye dia letak la petanda.hehe.ampun ya ommmmmm..biarin aja tapak kasut kami bersemadi di sana..

Untuk Ain,semoga berbahagia ke anak cucu...

Monday, January 5, 2009

surprise

hadiah bufday, tp sebenarnya harijadi saya dah lama basi.

tQ nanie. dah lama taO tak dpt hadiah harijadi.hehe.